Al-Imran, dari Ayat 81~90
81. Dan ingatlah tetakala Allah adakan perjanjian dengan nabi-nabi; “jika datang
kepada kamu kitab dan hikmat, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul yang
membenarkan apa-apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu percaya sungguh-sungguh
kepada nya, dan menolong sungguh-sungguh akan dia”. Ia bertanya; “sudahkah kamu sanggup dan kamu terima perjanjian ku atas
yang demikian ? “, mereka jawab; “kami
telah sanggup”. Ia berkata; “saksikan
lah, dan aku bersama kamu adalah dari golongan mereka yang menyaksikan”.
82. Lantaran demikian,
barang siapa berpaling balakang sesudah itu, maka mereka orang-orang yang
pasik.
83. Apakah yang selain dari agama Allah mereka mahukan, pada
hal apa-apa yang dilangit-langit dan dibumi telah menyerah diri kepadanya
dengan suka dan dengan terpaksa, dan kepada nya lah mereka akan dikembalikan ?.
84. Katakan lah; ”kami telah beriman kepada Allah, dan kepada
apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada
Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan anak cucu nya, dan kepada apa yang
telah diberikan kepada Musa dan Isa dan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka,
kami tidak membezakan antara seorang pun dari mereka itu, dan kepadanya lah
kami berserah diri”.
85. Dan barang siapa cari
satu agama lain daripada Islam, maka tidak akan diterima agama itu daripada nya
sedang ia diakhirat adalah seorang daripada mereka yang rugi.
86. Bagaimana kah Allah akan
memberi pertunjukan kepada satu kaum yang kufur sesudah beriman, serta sudah
mengaku bahawa Rasul itu benar, dan telah datang keterangan-keterangan kepada
mereka ? dan Allah tidak akan memberi
pertunjukkan kepada kaum yang zalim.
87. Mereka itu balasan nya
ialah laknat Allah atas mereka dan laknat melaikat dan manusia semuanya.
88. Pada hal mereka akan kekal padanya, tidak akan
diringankan azab dari mereka, dan tidak pula mereka diberi tempoh.
89. Kecuali mereka yang
bertaubat sesudah itu, dan membikin kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu
pengampun, penyayang.
90. Sesungguh nya mereka
yang kufur sesudah beriman, kemudian bertambah kufur mereka, tidak akan
diterima taubat mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang sesat.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/pomepurekl/2/1
,
[] https://sites.google.com/site/pomepurekl/2/1
,
Following Twitter,
[] https://twitter.com/tammpajgmail/status/657932626938826752
[] https://twitter.com/tammpajgmail/status/657932626938826752